Thursday, June 11, 2009

CINTA TAK KENAL SIAPA

Tidak Salah Rasanya,
Andai ku memuja,
Anggun diwajahmu,
Kerna Hati ini,
Dah tertawan.

Cinta Tak kenal siapa,
Hadir....
Tanpa dipaksa,
Walau berkecai badan,
Melepaskanmu...
Aku rela,
Berputih tulang.

Dan tak sanggup aku lihat,
Engkau dipimpin oleh insan lain,
Dan tak sanggup aku dengar,
Tentang keburukanmu.

Hendakku hampirimu
Untuk luahkan semuanya,
Sayangnya...
Lidah ku kelu
Apalagi yang harus ku perbuat,
Agar kau mengerti maksud tersirat.

Maka terpaksalah,
Aku melepaskan,
Apa yang telah tersimpan sekian lama,
Aku cinta kamu,
Aku perlu kamu,
Untuk mengisi ruang kekosongan.

Kemarilah kekasih,
Tak perlu kau menoleh
Di depanmu bukanlah bayang,
Ku ingin cipta sejarah,
Sejarah indah,
Denganmu....

Aku cinta kamu,
Aku perlu kamu,
Untuk mengisi ruang kekosongan,
Kau merenung bersahaja,
Lalu kau tersenyum,
Tanda Rela.

Lagu yang cukup indah dari Aris Ariwatan

"ANTARA DUA DARJAT"

SAYANGKU

Aku kini gembira,
Kau mewarnai segalanya,
Kau memberiku segala inspirasi menghadapi dunia,
Senyum mu itu penawar segala.

Kau orang yang kucinta,
Walau aku takut untuk meluahkannya,
Walau aku takut aku akan merana,
Kini aku yakin aku mampu untuk atasi segalanya.

Dikala aku rasa langkahku akan berakhir seorang diri,
Kau hadir membawa seribu erti,
Kau kurasakan sebagai pelengkap hidupku kini,
Kau segalanya untuk ku kini.

Walau tiada ada sebarang kata putusnya,
Aku yakin kau adalah segalanya,
Terang kukatakan kaulah bakal segalanya,
Indah hidup ku kini untuk menghadapi segalanya.

Tiada kini rasa sepi,
Kau memecahkan rasa sunyi,
Tiada lagi benci,
Kau semai cinta penuh dihati.

Aku harapkan kaulah pertama membaca coretan ini,
Ikhlas untukmu wahai sayangku suhaini,
Kaulah segalanya untuk ku kini.
Ikhlas sepenuhnya dari nurani ku ini.

Menyayangimu merubah segalanya,
Menyintaimu buat aku bahagia,
Mengasihimu buat aku berusaha,
Padaku kini kau kucintai sepenuhnya.

Ikhlas untukmu sayangku Suhaini Yusof...

"ANTARA DUA DARJAT"

Thursday, June 4, 2009

DERITA TETAPI BAHAGIA

Tiada kata seindah bahasa,
Tiada indah budi seluhur janji,
Tiada manis bicara kecuali hikmah,
Tiada kata derhaka kecuali ingkar.

Ingin ku puja tapi tak bernama,
Ingin ku belai tiada bertubuh,
Ingin ku petik tiada berpohon,
Ingin kusemai tiada berbenih.

Kau indah tanpa wajah,
Kau harum tetapi beracun,
Kau mekar tetapi berduri,
Kau tumbuh tetapi dipagari.

Ingin ku petik wahai kau bunga,
Tapi aku takut kau sudah dipunya,
Ingin ku luahkan takut terluka,
Ingin ku pendam aku takut merana.

Kau memang indah walau apa pun cara,
Kau memang jelita walau apa juga warna,
Kau memang asyik kerana santunmu,
Kau memang agung kerana itu tempatmu.

Aku menyayangimu dengan caraku sendiri,
Walau perit tetap ku hadapi,
Walau terluka akan kubaluti,
Walau tersiksa akan ku redahi.

Senyum mu mewarna maya,
Tawa mu memecah hening suasana,
Tangis mu meruntun jiwa,
Biar aku derita asal kau terus bahagia.

Pernah kau kuminati!!!
Tapi tiada sempat kau kucintai,
Pernah kau kudekati!!!
Tapi aku pula hilang daya untuk menghampiri.

Kau kucintai dengan caraku sendiri,
Walau apa juga beza yang memang terwarta,
Kau kucintai sampai akhir hayat ku di dunia,
Biar bukan di maya akan kutunggu hingga ke akhirnya..

Aku punya keyakinan akan segalanya ketentuan Ilahi Rabbi,
Istikharah sebagai jalan pelerai kunci,
Tawakkal adalah penyerahan yang tertinggi,
Sehingga segalanya akan terbukti...

Untuk kau yang ku cintai....

"ANTARA DUA DARJAT"

Tuesday, June 2, 2009

USIA DUNIA

Menelusuri hari-hari yang semakin mencabar,
Langkah perlu diatur dengan penuh hikmah,
Keindahan dunia yang semakin hari semakin menjangkau hari akhirnya,
Memerlukan perjuangan berterusan dan pengorbanan untuk kesejahteraan.

Menelusuri hari-hari yang semakin sukar untuk difikirkan,
Kehebatan manusia diukur melalui kebendaan,
Kehebatan manusia diukur melalui taraf kedudukan,
Semakin darjat menjadi ukuran semakin rendah nilai kemanusiaan.

Menelusuri hari-hari di zaman edan,
Tiada lagi kehebatan ilmuan menjadi sebutan,
Lebih diangkat golongon hiburan,
Lebih dibanggakan pencapaian mengejar kebendaan.

Aku rindu zaman hidupku dizaman persekolahan,
Aku ingin mengejar segala ilmu jika boleh masa diterbalikkan,
Aku ingin menjadi anak yang sentiasa mengikuti segala suruhan kebaikan,
Aku ingin mendalami segala-segalanya di kala ada kesempatan.

Kini ku sedar,
Tidak ada lagi ruang untuk masa diterbalikkan,
Melainkan aku perlu terus menuju kehadapan,
Tanpa melupakan zaman lampau untuk sentiasa menjadi ingatan,
Harus aku meneruskan pencarian ilmu walau dimana pun aku berpeluang.

Aku rindukan zaman kehebatan tokoh-tokoh ilmuan dan negarawan,
Zaman edan perlukan negarawan yang memikir jauh 50 tahun ke hadapan,
Zaman edan memerlukan ilmuan untuk menyuluh segala panduan,
Aku inginkan kehidupan yang menjamin kehidupan generasi di zaman edan.

Aku mungkin anak yang bakal menjadi bapa,
Aku mungkin seorang remaja yang bakal menjadi dewasa,
Aku mungkin seorang dewasa yang bakal menjadi tua,
Aku ingin melihat segalanya lestari untuk generasi ku yang bakal menjelma.

Janganlah dunia dijadikan tempat kerja gila,
Dunia perlu dijadikan sebagai tempat pencarian sejahtera,
Dunia perlu dimanfaatkan sebaiknya,
Kelak sesal bila ditanya..

Aku ingin dunia menjadi tempat persinggahanku yang bahagia,
Aku ingin dunia menjadi tempat bagiku menuai segala sebelum ke alam Baqa,
Aku ingin mengecapi jaya sebelum menutup mata,
Supaya aku bahagia menemui Maha Pencipta....

"ANTARA DUA DARJAT"

Thursday, May 21, 2009

FITNAH...

Ini bukan Filem fitna yang dibuat oleh syaitan durjana dari belanda,
Ini cerita fitnah yang menimpa sahabat aku yang punya nama dan bergelar manusia,
Ini cerita Fitnah yang merosakkan maruah diri dan keluarganya,
Ini cerita Fitnah yang mencalarkan kehidupan seorang insan yang bergelar manusia,
Pembawa Fitnah ini aku rasa sama darjatnya dengan syaitan durjana penyebar Filem Fitna dari Belanda,
Atau aku rasa sama akalnya dengan Ungka,
Sepatutnya pembawa fitnah ini direjam sekeras-kerasnya.
Zaman kini memang dah jadi zaman tunggang-langgang,
Fitnah diangkat untuk dijadikan kebenaran,
Cerita-cerita Fitnah menjadi kegilaan dan bualan harian,
Cerita-cerita Fitnah menjadi saksi untuk menzalimi orang,
Kerana Fitnah membuat manusia tiada bezanya dengan haiwan.
Tak ingatkah kisah hikayat melayu Si Kitol durjana pembawa Fitnah,
Menyebabkan nyawa Bendahara Paduka Raja Tun Perak diragut angkara fitnah,
Habis nyawa seisi keluarga Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjadi mangsa fitnah,
Kecuali anaknya Tun Fatimah dijadikan gundik raja yang wajib disanggah,
Inilah Kesan Fitnah!!!!
Telah diingatkan oleh Maha Pencipta mengenai Fitnah,
Kesan dosa angkara Fitnah,
Lebih buruk Fitnah dari membunuh,
Kerana Fitnah akan menyebabkan kesan yang tak dapat dibayangkan dahsyatnya.
Wahai manusia yang suka menabur Fitnah,
Ingatlah Peringatan dari Maha Pencipta,
Ingatlah Peringatan dari Maha Berkuasa,
Ingatlah Peringatan dari Maha Berkehendak,
Ingatlah Peringatan dari Maha Pengampun.
Jangan sekali kita sebarkan Fitnah,
Tak tertanggung Siksa di alam Baqa',
Tak terperi sakitnya siksa dari Maha Pencipta,
Tak tergambar dahsyatnya siksa oleh Maha Berkuasa,
Tak ada istilah nak digambarkan siksa dari Maha Berkehendak,
Mohonlah ampun yang tak henti-henti dari Maha Pengampun,
Kerana Keampunan dari Maha Pengampun lebih Luas dari KemurkaanNYA.
Ingatlah wahai orang yang suka menabur Fitnah!!!!
Besarnya dosa akibat Fitnah.
Ingatlah wahai pembawa Fitnah,
Deria dicipta untuk merasa,
Lidah dicipta untuk berkata-kata,
Tangan dicipta untuk melaksana kerja,
Kaki dicipta untuk mengatur langkah secara bijaksana,
Hati dicipta supaya kita ada pertimbangan rasa,
Akal dicipta untuk mengawal segala perilaku hidup kita didunia,
Janganlah disalah guna apa yang telah Dikurnia.
Janganlah kerana lidah kita dimaki dan diseranah,
Gunalah untuk mencari Hasanah,
Gunalah segalanya untuk mencari Redha Allah.
Jangan diguna segala anugerah untuk membuat Fitnah!!!

"ANTARA DUA DARJAT"

Wednesday, May 20, 2009

PANAS.....

Panas..
Bila cuaca Panas,
Orang nak sejuk,
Bila berita panas,
Orang pekak pun terasa nak pasang telinga,
Bila air panas,
Menggelegak tekak meneguknya,
Bila hati panas,
Mau pecah muka kalau ada orang menegurnya,
Macam yang aku lalui hari ni,
Semua jenis panas ada,
Meyumpah aku bila aku terima satu berita panas yang tak tahu aku mana datang sumbernya,
Menyampah pula aku bila tak sudah-sudah aku terima panggilan panas yang aku benci menjawabnya,
Ingin saja aku luruskan tangan aku tepat pada pembawa cerita yang buat aku kurang ceria,
Tapi malangnya si pembawa cerita baru saja aku kenal hari ini,
Panas betul aku bila dia dapat nombor telefon aku dari orang yang antara aku percaya,
Kini berpunca dari panas buat aku jadi kurang percaya,
Kini berpunca dari panas buat aku meluat tengok gelagat dan ragam manusia,
Ikutkan hati nak saja aku luahkan segalanya,
Panas lagi bila sampai aku ditempat kerja,
Dah bersepah dah email dari pembawa berita,
Tak tahu mana pembawa berita dapat alamatnya,
Mengkhabarkan berita yang aku tak berminat nak mengetahuinya,
Cis!bedebah sungguh kau pembawa berita,
Kawan baik aku nak kau kata dan nista,
Sampai cerita dalam kelambunya nak kau jaja,
Kau ingat aku ni apa??
Sedarlah diri wahai pembawa berita,
Jangan kerana cemburu buat kau jadi tak tentu hala,
Meluat betul aku melihat gelagat manusia,
Panas sungguh aku ingin saja kuluahkan segala,
Wahai sahabatku mungkin ada terasa,
Selesaikanlah masalah mu jangan libatkan orang lain jadi mangsa,
Kini aku telah terbabit sama,
Dalam kisah cinta tiga segi yang menyusahkan aku mencari dimensinya,
Panas betul aku sedangkan aku tak tahu apa sebenar punca cerita,
Janganlah kerana kau berdua bersengketa,
Sampaikan aku kau nak babitkan sama,
Bukankah kisah kita dah berakhir lama,
Tak sanggup dah aku untuk membuka cerita lama,
Panas,meluat dan menyampah aku melihat hipokrasi sifat manusia.

"ANTARA DUA DARJAT"

Sunday, May 17, 2009

CINTA

Pedih,
Memang pedih kenangkan apa yang terjadi,
Sedih,
Memang sedih kalau diingatkan hari-hari,
Duka,
Memang duka sampai tak boleh nak ucap dengan kata-kata,
Lara,
Memang lara sampai merah biji mata,
Bisa
Memang bisa sampai tak boleh dicari penawar kat mana-mana.
Semuanya Pasal CINTA.....
Pasal benda inilah aku tahu macam-macam rasa yang aku senaraikan kat atas.
Jarang sangat pasal cinta kita boleh jadi bahagia.
Sebabnya cinta sesama manusia ni tak kekal sifatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni perlu kompromi untuk jadi pengikatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni buta akan jalannya,
Sebabnya cinta sesama manusia nafsu jadi petunjuknya.
Bagaimanakah agaknya cinta Laila dan Majnun,
Bagaimanakah agaknya cinta Uda dan Dara,
Bagaimanakah agaknya cinta Ujang dan Milah,
Bagaimanakah agaknya apa yang selalu dinukilkan cinta sehidup semati...
Zaman sekolah orang panggil cinta monyet,
Macamana perumpamaan itu boleh dikaji aku pun tak tahu,
Ada kawan baik aku kata,
Zaman Universiti cinta ulat,
Macam-macam jenis cinta ada,
Semua bentuk perumpamaan cinta melibatkan fauna,
Kenapalah cinta selalu dikaitkan dengan fauna,
Orang yang bercinta tahu apa sebabnya.
Yang aku tahu cinta Laila dan Majnun ada filemnya,
Yang aku tahu cinta Uda dan Dara ada teaternya,
Yang aku tahu cinta Ujang dan Milah ada album lagunya,
Cinta aku entah macamana bentuk filemnya,
Cinta aku entah macamana persembahan teaternya,
Cinta aku entah macamana bunyi lagunya,
Yang aku tahu kalau nak buat filem mesti tak laku,
Kalau buat teater perbelanjaan melebihi pendapatan,
Kalau jadi lagu memang sumbang bunyinya,
Pasal kisah cinta aku tak tahu apa sudahnya.
Cinta,
Memang dalam maksudnya,
Nak dimulakan entah dimana awalnya,
Nak diakhirkan entah dimana penghujungnya,
Mungkin sampai bila-bila tak tahu apa rasanya CINTA SEHIDUP SEMATI.
Jadi pada aku ikutlah kisah cinta yang abadi selama-lamanya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang abadi Pada Allah,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang sentiasa menegur para sahabatnya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang mengasihi para isterinya,
IKutlah Cinta Rasulullah yang mendalam pada umatnya,
Cinta macam ni kekal abadi sampai hujung dunia,
Cinta macam ni kekal abadi sampai bila-bila,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah lebih dari segala-galanya.
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti hujung ceritanya bahagia,
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti berjaya jalan ceritanya,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah menjadi syarat utamanya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang menjadi contohnya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang memulakan perlaksanaannya,
Kerana Kekasih Allah Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik bagi segalanya untuk kita semua...

"ANTARA DUA DARJAT"

Friday, May 15, 2009

BANGSAWAN DAN NEGARAWAN

Hidup hari ni dah tak sama mcm hidup 20 tahun dulu,
20 tahun tahun dulu kat sekolah rendah harga nasi lemak baru 20 sen sepinggan,
Sampai sekarang aku masih ingat nama orang yang jual nasi lemak kat kantin sekolah rendah,
Abg Aziz dgn Kak Teh nama family yang menguasai hampir 60 peratus pasaran kat kantin sekolah rendah aku,
Yang lain nenek limah yang menjual kuih-muih dan kadangkala nasi lemak,
Nenek ni menguasai 25peratus pasaran di kantin sekolah rendah aku,
Ada sorang lagi nenek yang menguasai 15peratus pasaran.
Ada 3 orang semuanya yang berniaga dikantin sekolah rendah aku.
Dengan harga nasi lemak sepinggan 20sen dan kuih 10sen air secawan 10sen,
Belanja sekolah 30sen dah kira memadai,
Belanja sekolah 50sen dah dikira anak taukeh,
Belanja sekolah Rm1 dah boleh sedekah untuk rakan2 yang kurang mencukupi.
Hidup 10tahun lepas pulak dah tak sama mcm 10tahun sebelumnya,
Naik sekolah menengah duduk asrama,
Mak dan Babah bagi duit RM15 seminggu,
Belanja sekolah menengah dah lain sikit,
Abg Enal dan isterinya yang mengurus kantin sekolah waktu tu,
Dia menguasai 100 peratus pasaran kat kantin tu,
Sekolah ada dua sessi,
Pagi untuk sekolah menengah dan petang sekolah rendah,
Kadang-kadang kantin buka sampai pukul 11mlm,
Untuk mengelakkan pelajar "fly" malam,
Langkah yang diambil oleh pihak pentadbiran sekolah bagi mengelakkan bertambah banyak masalah disiplin pelajar-pelajar asrama,
Masa tu hidup kira berbaloilah pasal kat dewan makan asrama dah disediakan makanan mengikut waktu.
Hidup zaman jadi mahasiswa pulak lagilah berbeza,
Mana nak jumpa lagi dah nasi lemak sepinggan 20sen atau 50sen,
Yang ada nasi lemak sepinggan RM1,
Tapi kira berbaloilah RM1,
Sebungkus boleh makan berdua banyaknya.
Waktu tu belanja pun ditingkatkan ke RM150 untuk 2minggu,
Dengan menggunakan motor sebagai pemudah perjalanan,
Minyak waktu tu RM1 lagi seliter,
Motor aku isi Rm 1 boleh dah jalan untuk 2hari,
Masih mencukupi untuk hidup waktu jadi mahasiswa,
Tapi sekarang ni zaman dah jadi makin gila,
Mana ada lagi nasi lemak 20sen dan 50sen,
Kalau kat kedai makan minta nasi lemak 50sen mau lebam biji mata kena tumbuk dgn taukey kedai,
Kalau isi minyak motor minta Rm 1 mahu pecah-perut bangla yang jaga pam minyak tu mendengarnya,
Tapi Tiba-tiba kedengaran suara-suara sumbang lagi menyakitkan,
Suruh rakyat tukar gaya hidup,
Nak tukar macamana pun aku tak tahu,
Gaya hidup tu dah bertukar dengan sendirinya,
Takkan nak suruh kita hidup balik mcm 20 tahun lepas,
Tak mungkin tercapai dek akal,
Takkan nak suruh berundur ke 10 tahun lepas,
Remuk-redam hati terasa pedihnya,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan perit jerih rakyat yang hidup semakin terdesak,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan gembira-duka kehidupan rakyat yang semakin lebih duka dari gembira,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan buruknya kaedah penggunaan sifir naik dari kacamata rakyat mahukan segalanya turun,
Bukanlah turun yang merugikan,
Bukan juga naik yang membimbangkan,
Tetapi cukuplah untuk mengimbangi suka-duka kehidupan rakyat bawahan,
Anda tidak merasa pedihnya wahai golongan bangsawan!!!
Kami yang menanggung deritanya,
Bila Rakyat bersuara,
Dikatakan rakyat anti pembangunan,
Ada juga Bangsawan yang perasan dan menaiktarafkan diri sendiri menjadi negarawan!!!
Negarawan yang bagaimana ingin dimaksudkan!!!
Negarawan yang mementingkan diri sendiri dan mementingkan kawan-kawan,
Atau negarawan yang mementingkan keperluan rakyat terbanyak yang menjadi sanjungan,
Bak kata negarawan yang sememangnya negarawan,
"The World is enough for every man needs and never been enough for every man greeds"
Nukilan negarawan yang sepatutnya menjadi ikutan golongan bangsawan,
Satu lagi Nukilan negarawan yang sepatutnya menjadi ikutan bangsawan,
"Jangan sambil membangun kita robohkan"
"Kita bangunkan Gedung kita robohkan kehidupan"
Ingatlah wahai golongan bangsawan!!!
Inilah ingatan dari rakyat bawahan...

"ANTARA DUA DARJAT"

Wednesday, May 13, 2009

SYUKUR PADA PENCIPTA

Kadang2 tak tahulah nak jadi apa manusia zaman sekarang ni,
Dunia semakin maju,
Tapi ada orang yang suka mundur,
Sikap dan tabiat yang tak beradat,
Masuk tak ikut pintu,
Keluar terjun tingkap.
Radak hidup orang ikut suka,
Terlupa dosa dan pahala,
Mengata orang macam dia yang baik,
Tapi sebenarnya hidup dia yang terbalik,
Benar pesan orang tua-tua,
Melentur buluh biar dari rebungnya,
Dah jadi buluh terseliuh urat belikat nak membelasahnya,
Dunia dicipta untuk kita pelihara,
Tapi main suka-suka nak tadbir ikut cara,
Padahal dalam Kalam Tuhan dah diwarta,
Memandai pula kita buat jadi harta benda,
Tak sedar ke...
Dunia ni hanya sementara,
Sedarlah wahai umat manusia,
Dunia kita ini pada pandangan Maha Pencipta umpama sebutir pasir gamaknya,
Agak2nya kita yang rasa dunia ni mcm kita yang punya besar manalah kita gamaknya,
Jadi tak payahlah kita nak membangga,
Sedarlah apa yang dimiliki hanyalah sementara,
Macam kumpulan Raihan pernah kata,
"ucapkanlah Alhamdulillah".
Waktu kita meminta punyalah indah bahasa,
Terkadang sampai mengalir air mata,
Tapi bila benda yang kita minta dah berjaya,
Seronok dulu yang bertimpa-timpa,
Terlupa dah pada yang memperkenan apa yang dipinta,
Jadi sekali lagi Janganlah kita lupa,
"ucapkanlah Alhamdulillah"
Macam yang kumpulan Raihan pernah kata.
Inilah pesan terbaik untuk kita semua.

"ANTARA DUA DARJAT"

Friday, May 8, 2009

APALAH NAK JADI....

KADANG-KADANG TAK TAHULAH NAK DIERTIKAN APALAGI DGN PERKEMBANGAN NEGARA KITA AKHIR-AKHIR NI.BANYAK SANGAT BERPOLITIK PUN SALAH,TAK BERPOLITIK LANGSUNG PUN TAK BOLEH PULAK.TAPI LIHATLAH APA YANG DAH JADI SEMALAM.SEDIH RASANYA SEBAGAI RAKYAT YANG CINTAKAN KEDAMAIAN.SEOLAH2 TAK DIHARGAI OLEH PEMIMPIN2 POLITIK YANG ASYIK DENGAN KUASA.NEGARA KITA DIKETAWAKAN OLEH MASYARAKAT DUNIA.SELAMA NI KITA TERTAWA MELIHAT GELAGAT SEBEGITU DINEGARA ORANG.TAPI BILA JADI KAT NEGARA SENDIRI BARULAH TAHU APA RASANYA.KITA SEBAGAI RAKYAT MALU TAK TERKATA.TAPI MEREKA YANG BUAT HURU-HARA SELAMBA AJE KELUAR KENYATAAN MACAM TAK ADA APA2.MASING2 PERTAHAN PIHAK MASING2,KITA SEBAGAI RAKYAT DIPAKSA JADI PEMERHATI.ADIL KE KITA SEBAGAI RAKYAT YANG KENA JADI MANGSA.KALAU MACAMNI TAK TAHULAH APA NAK JADI.NEGARA LAIN SIBUK NAK MEMACU EKONOMI NEGARA,KITA TAK TAHU NAK DIPACU KE MANA.YANG DIMINTA SURUH KITA BERSABAR.JADI KITA RAKYAT KENALAH BERSABAR.SAMPAI TAHAP MANA LAGI SURUH BERSABAR TAK TAHULAH.JANGANLAH OLEH KERANA KERAKUSAN KUASA BUAT RAKYAT HILANG PERCAYA.JANGAN KERANA KUASA KITA BERSENGKETA.KUASA DIBERI OLEH RAKYAT JUGA.TAPI BILA HADIR KEADAAN MCMNI RAKYAT PULA YANG KENA TANGGUNG DERITA.RAKYAT PULA YANG DIPAKSA UNTUK MERELAKAN APA JUGA.PEMIMPIN POLITIK BOLEH BUAT APA YANG DIA SUKA.TAK TAHULAH NAK DIERTIKAN APA?SEMOGA MAJULAH NEGARA.NAK MAJU MACAMANA TAK TAHULAH.YANG DISURUH.... BERSABAR AJELAH....

"ANTARA DUA DARJAT"

Sunday, April 12, 2009

LUMRAH KEHIDUPAN DIDUNIA

ANTARA DUA DARJAT

Adalah menjadi lumrah kehidupan didunia yang manusia itu akan berusaha mencari apa yang tiada dan menjadikan hidup didunia ini sebagai perbandingan.Keasyikan mencari sesuatu yang tiada tanpa mensyukuri dan menghargai apa yang telah berjaya dimiliki.Risau akan rezeki yang telah dijanji dan dengan terus dan tanpa sedar rezeki itu perlukan usaha dan kesungguhan untuk diperolehi.Malang sungguh jika terdiri didalam golongan manusia yang tidak mensyukuri apa yang telah diperolehi.Mempercayai kehebatan golongan manusia adalah diukur dari darjat dan harta yang dimiliki,kedudukan pangkat dan kemuliaan kedudukan,inilah Kefahaman karut yang perlu dijauhi.Sebagai golongan yang belum tentu arah tujuan akhir kehidupan menjadi kewajipan untuk kita meyakini Firman Pencipta "sesungguhnya manusia yang mulia disisi Allah adalah manusia yang tinggi taqwanya".Sepatutnya lumrah yang wajib dijadikan kebiasaan hidup sebagai Hamba Pencipta adalah menyedari kebobrokan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari .Kaedah ini hanya akan menjadi dan menyerapi seluruh sanubari jika kita sentiasa dengan terus dan tanpa ragu-ragu meyakini apa yang telah di janji dan mensyukuri apa yang telah dimiliki.Malangnya kita jika terdiri dari golongan mereka yang menjadikan kedudukan,darjat dan pangkat sebagai kayu ukur kehidupan didunia yang tak pasti kemana arah yang perlu diikuti.Yang pasti janji Maha Pencipta Kehidupan dunia akan mengalami zaman penamatnya.Pada waktu itu tiada lagi gunanya darjat dan kedudukan.Darjat duniawi tidak menjadi bukti yang mampu untuk dimegahi apabila tidak diberkati dan tidak mensyukuri.Kehebatan duniawi tidak akan mampu menjadi saksi jika sering mengkufuri.Yang lebih dikhuatiri DARJAT DAN KEHEBATAN duniawi yang sering dimegahi akan menjadi bebanan yang sukar ditanggungi.Oleh itu, sedarlah dunia ini dijadikan Maha Pencipta untuk kita saling menghargai dan mensyukuri.Janganlah sesekali kita menjadikan Kehebatan Darjat,Kemewahan dan Kedudukan untuk terus bermegah diri.Antara Dua Darjat sepatutnya bukan untuk menghakimi sesama manusiawi tetapi hanya layak dikongsi untuk menjadi kebaikan hidup didunia ini.Sepatutnya kita semua perlu menyedari bahawa Kita Hanyalah Hamba Ilahi.DariNYA kita Datang dan KepadaNYA kita Kembali.

"ANTARA DUA DARJAT"