Thursday, June 4, 2009

DERITA TETAPI BAHAGIA

Tiada kata seindah bahasa,
Tiada indah budi seluhur janji,
Tiada manis bicara kecuali hikmah,
Tiada kata derhaka kecuali ingkar.

Ingin ku puja tapi tak bernama,
Ingin ku belai tiada bertubuh,
Ingin ku petik tiada berpohon,
Ingin kusemai tiada berbenih.

Kau indah tanpa wajah,
Kau harum tetapi beracun,
Kau mekar tetapi berduri,
Kau tumbuh tetapi dipagari.

Ingin ku petik wahai kau bunga,
Tapi aku takut kau sudah dipunya,
Ingin ku luahkan takut terluka,
Ingin ku pendam aku takut merana.

Kau memang indah walau apa pun cara,
Kau memang jelita walau apa juga warna,
Kau memang asyik kerana santunmu,
Kau memang agung kerana itu tempatmu.

Aku menyayangimu dengan caraku sendiri,
Walau perit tetap ku hadapi,
Walau terluka akan kubaluti,
Walau tersiksa akan ku redahi.

Senyum mu mewarna maya,
Tawa mu memecah hening suasana,
Tangis mu meruntun jiwa,
Biar aku derita asal kau terus bahagia.

Pernah kau kuminati!!!
Tapi tiada sempat kau kucintai,
Pernah kau kudekati!!!
Tapi aku pula hilang daya untuk menghampiri.

Kau kucintai dengan caraku sendiri,
Walau apa juga beza yang memang terwarta,
Kau kucintai sampai akhir hayat ku di dunia,
Biar bukan di maya akan kutunggu hingga ke akhirnya..

Aku punya keyakinan akan segalanya ketentuan Ilahi Rabbi,
Istikharah sebagai jalan pelerai kunci,
Tawakkal adalah penyerahan yang tertinggi,
Sehingga segalanya akan terbukti...

Untuk kau yang ku cintai....

"ANTARA DUA DARJAT"

5 comments:

  1. epen puitisnya puisi ni..ko cipta sendiri ek..sape le bunga yg ko puja tu ek..moga ko capai apa yg ko impikan...

    ReplyDelete
  2. semoga impian akan jd kenyataan.huhu

    ReplyDelete
  3. emm..puisi yang baik..puitis, hepi, sad, pengharapan, pasrah..semuanya ada..

    kesimpulannya, best giler puisi ko nih..
    pen, kalau dah ketawa, menangis semuanya dikongsi bersama, jangan tunggu lama2..
    nanti ko yang merana..takpe2..as ur best fren, aku doakan kebahagiaan ko..

    ReplyDelete
  4. EAN BESTFREN JE KE..HEHEH..EPEN CAYOK2...KAI SEBGAI SAHABAT KO SENTIASA SUPPORT KAU UNTUK MEMETIK BUNGA IMPIAN KO...USHA TANGGA KEJAYAAN..PINTU HARAPAN MASIH TERBUKA LUAS SEKIRANYA KO TIDAK MELEPASKAN PELUANG TERSEBUT....

    ReplyDelete
  5. laa..betul la bell..
    best aku ni..si digun nih..

    takpe pen, ko jgn amik ati si jepun nih..
    aku ikhlas doakan kebahagiaan ko..

    ReplyDelete