Sunday, April 12, 2009

LUMRAH KEHIDUPAN DIDUNIA

ANTARA DUA DARJAT

Adalah menjadi lumrah kehidupan didunia yang manusia itu akan berusaha mencari apa yang tiada dan menjadikan hidup didunia ini sebagai perbandingan.Keasyikan mencari sesuatu yang tiada tanpa mensyukuri dan menghargai apa yang telah berjaya dimiliki.Risau akan rezeki yang telah dijanji dan dengan terus dan tanpa sedar rezeki itu perlukan usaha dan kesungguhan untuk diperolehi.Malang sungguh jika terdiri didalam golongan manusia yang tidak mensyukuri apa yang telah diperolehi.Mempercayai kehebatan golongan manusia adalah diukur dari darjat dan harta yang dimiliki,kedudukan pangkat dan kemuliaan kedudukan,inilah Kefahaman karut yang perlu dijauhi.Sebagai golongan yang belum tentu arah tujuan akhir kehidupan menjadi kewajipan untuk kita meyakini Firman Pencipta "sesungguhnya manusia yang mulia disisi Allah adalah manusia yang tinggi taqwanya".Sepatutnya lumrah yang wajib dijadikan kebiasaan hidup sebagai Hamba Pencipta adalah menyedari kebobrokan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari .Kaedah ini hanya akan menjadi dan menyerapi seluruh sanubari jika kita sentiasa dengan terus dan tanpa ragu-ragu meyakini apa yang telah di janji dan mensyukuri apa yang telah dimiliki.Malangnya kita jika terdiri dari golongan mereka yang menjadikan kedudukan,darjat dan pangkat sebagai kayu ukur kehidupan didunia yang tak pasti kemana arah yang perlu diikuti.Yang pasti janji Maha Pencipta Kehidupan dunia akan mengalami zaman penamatnya.Pada waktu itu tiada lagi gunanya darjat dan kedudukan.Darjat duniawi tidak menjadi bukti yang mampu untuk dimegahi apabila tidak diberkati dan tidak mensyukuri.Kehebatan duniawi tidak akan mampu menjadi saksi jika sering mengkufuri.Yang lebih dikhuatiri DARJAT DAN KEHEBATAN duniawi yang sering dimegahi akan menjadi bebanan yang sukar ditanggungi.Oleh itu, sedarlah dunia ini dijadikan Maha Pencipta untuk kita saling menghargai dan mensyukuri.Janganlah sesekali kita menjadikan Kehebatan Darjat,Kemewahan dan Kedudukan untuk terus bermegah diri.Antara Dua Darjat sepatutnya bukan untuk menghakimi sesama manusiawi tetapi hanya layak dikongsi untuk menjadi kebaikan hidup didunia ini.Sepatutnya kita semua perlu menyedari bahawa Kita Hanyalah Hamba Ilahi.DariNYA kita Datang dan KepadaNYA kita Kembali.

"ANTARA DUA DARJAT"