Thursday, June 11, 2009

CINTA TAK KENAL SIAPA

Tidak Salah Rasanya,
Andai ku memuja,
Anggun diwajahmu,
Kerna Hati ini,
Dah tertawan.

Cinta Tak kenal siapa,
Hadir....
Tanpa dipaksa,
Walau berkecai badan,
Melepaskanmu...
Aku rela,
Berputih tulang.

Dan tak sanggup aku lihat,
Engkau dipimpin oleh insan lain,
Dan tak sanggup aku dengar,
Tentang keburukanmu.

Hendakku hampirimu
Untuk luahkan semuanya,
Sayangnya...
Lidah ku kelu
Apalagi yang harus ku perbuat,
Agar kau mengerti maksud tersirat.

Maka terpaksalah,
Aku melepaskan,
Apa yang telah tersimpan sekian lama,
Aku cinta kamu,
Aku perlu kamu,
Untuk mengisi ruang kekosongan.

Kemarilah kekasih,
Tak perlu kau menoleh
Di depanmu bukanlah bayang,
Ku ingin cipta sejarah,
Sejarah indah,
Denganmu....

Aku cinta kamu,
Aku perlu kamu,
Untuk mengisi ruang kekosongan,
Kau merenung bersahaja,
Lalu kau tersenyum,
Tanda Rela.

Lagu yang cukup indah dari Aris Ariwatan

"ANTARA DUA DARJAT"

SAYANGKU

Aku kini gembira,
Kau mewarnai segalanya,
Kau memberiku segala inspirasi menghadapi dunia,
Senyum mu itu penawar segala.

Kau orang yang kucinta,
Walau aku takut untuk meluahkannya,
Walau aku takut aku akan merana,
Kini aku yakin aku mampu untuk atasi segalanya.

Dikala aku rasa langkahku akan berakhir seorang diri,
Kau hadir membawa seribu erti,
Kau kurasakan sebagai pelengkap hidupku kini,
Kau segalanya untuk ku kini.

Walau tiada ada sebarang kata putusnya,
Aku yakin kau adalah segalanya,
Terang kukatakan kaulah bakal segalanya,
Indah hidup ku kini untuk menghadapi segalanya.

Tiada kini rasa sepi,
Kau memecahkan rasa sunyi,
Tiada lagi benci,
Kau semai cinta penuh dihati.

Aku harapkan kaulah pertama membaca coretan ini,
Ikhlas untukmu wahai sayangku suhaini,
Kaulah segalanya untuk ku kini.
Ikhlas sepenuhnya dari nurani ku ini.

Menyayangimu merubah segalanya,
Menyintaimu buat aku bahagia,
Mengasihimu buat aku berusaha,
Padaku kini kau kucintai sepenuhnya.

Ikhlas untukmu sayangku Suhaini Yusof...

"ANTARA DUA DARJAT"

Thursday, June 4, 2009

DERITA TETAPI BAHAGIA

Tiada kata seindah bahasa,
Tiada indah budi seluhur janji,
Tiada manis bicara kecuali hikmah,
Tiada kata derhaka kecuali ingkar.

Ingin ku puja tapi tak bernama,
Ingin ku belai tiada bertubuh,
Ingin ku petik tiada berpohon,
Ingin kusemai tiada berbenih.

Kau indah tanpa wajah,
Kau harum tetapi beracun,
Kau mekar tetapi berduri,
Kau tumbuh tetapi dipagari.

Ingin ku petik wahai kau bunga,
Tapi aku takut kau sudah dipunya,
Ingin ku luahkan takut terluka,
Ingin ku pendam aku takut merana.

Kau memang indah walau apa pun cara,
Kau memang jelita walau apa juga warna,
Kau memang asyik kerana santunmu,
Kau memang agung kerana itu tempatmu.

Aku menyayangimu dengan caraku sendiri,
Walau perit tetap ku hadapi,
Walau terluka akan kubaluti,
Walau tersiksa akan ku redahi.

Senyum mu mewarna maya,
Tawa mu memecah hening suasana,
Tangis mu meruntun jiwa,
Biar aku derita asal kau terus bahagia.

Pernah kau kuminati!!!
Tapi tiada sempat kau kucintai,
Pernah kau kudekati!!!
Tapi aku pula hilang daya untuk menghampiri.

Kau kucintai dengan caraku sendiri,
Walau apa juga beza yang memang terwarta,
Kau kucintai sampai akhir hayat ku di dunia,
Biar bukan di maya akan kutunggu hingga ke akhirnya..

Aku punya keyakinan akan segalanya ketentuan Ilahi Rabbi,
Istikharah sebagai jalan pelerai kunci,
Tawakkal adalah penyerahan yang tertinggi,
Sehingga segalanya akan terbukti...

Untuk kau yang ku cintai....

"ANTARA DUA DARJAT"

Tuesday, June 2, 2009

USIA DUNIA

Menelusuri hari-hari yang semakin mencabar,
Langkah perlu diatur dengan penuh hikmah,
Keindahan dunia yang semakin hari semakin menjangkau hari akhirnya,
Memerlukan perjuangan berterusan dan pengorbanan untuk kesejahteraan.

Menelusuri hari-hari yang semakin sukar untuk difikirkan,
Kehebatan manusia diukur melalui kebendaan,
Kehebatan manusia diukur melalui taraf kedudukan,
Semakin darjat menjadi ukuran semakin rendah nilai kemanusiaan.

Menelusuri hari-hari di zaman edan,
Tiada lagi kehebatan ilmuan menjadi sebutan,
Lebih diangkat golongon hiburan,
Lebih dibanggakan pencapaian mengejar kebendaan.

Aku rindu zaman hidupku dizaman persekolahan,
Aku ingin mengejar segala ilmu jika boleh masa diterbalikkan,
Aku ingin menjadi anak yang sentiasa mengikuti segala suruhan kebaikan,
Aku ingin mendalami segala-segalanya di kala ada kesempatan.

Kini ku sedar,
Tidak ada lagi ruang untuk masa diterbalikkan,
Melainkan aku perlu terus menuju kehadapan,
Tanpa melupakan zaman lampau untuk sentiasa menjadi ingatan,
Harus aku meneruskan pencarian ilmu walau dimana pun aku berpeluang.

Aku rindukan zaman kehebatan tokoh-tokoh ilmuan dan negarawan,
Zaman edan perlukan negarawan yang memikir jauh 50 tahun ke hadapan,
Zaman edan memerlukan ilmuan untuk menyuluh segala panduan,
Aku inginkan kehidupan yang menjamin kehidupan generasi di zaman edan.

Aku mungkin anak yang bakal menjadi bapa,
Aku mungkin seorang remaja yang bakal menjadi dewasa,
Aku mungkin seorang dewasa yang bakal menjadi tua,
Aku ingin melihat segalanya lestari untuk generasi ku yang bakal menjelma.

Janganlah dunia dijadikan tempat kerja gila,
Dunia perlu dijadikan sebagai tempat pencarian sejahtera,
Dunia perlu dimanfaatkan sebaiknya,
Kelak sesal bila ditanya..

Aku ingin dunia menjadi tempat persinggahanku yang bahagia,
Aku ingin dunia menjadi tempat bagiku menuai segala sebelum ke alam Baqa,
Aku ingin mengecapi jaya sebelum menutup mata,
Supaya aku bahagia menemui Maha Pencipta....

"ANTARA DUA DARJAT"