Wednesday, May 20, 2009

PANAS.....

Panas..
Bila cuaca Panas,
Orang nak sejuk,
Bila berita panas,
Orang pekak pun terasa nak pasang telinga,
Bila air panas,
Menggelegak tekak meneguknya,
Bila hati panas,
Mau pecah muka kalau ada orang menegurnya,
Macam yang aku lalui hari ni,
Semua jenis panas ada,
Meyumpah aku bila aku terima satu berita panas yang tak tahu aku mana datang sumbernya,
Menyampah pula aku bila tak sudah-sudah aku terima panggilan panas yang aku benci menjawabnya,
Ingin saja aku luruskan tangan aku tepat pada pembawa cerita yang buat aku kurang ceria,
Tapi malangnya si pembawa cerita baru saja aku kenal hari ini,
Panas betul aku bila dia dapat nombor telefon aku dari orang yang antara aku percaya,
Kini berpunca dari panas buat aku jadi kurang percaya,
Kini berpunca dari panas buat aku meluat tengok gelagat dan ragam manusia,
Ikutkan hati nak saja aku luahkan segalanya,
Panas lagi bila sampai aku ditempat kerja,
Dah bersepah dah email dari pembawa berita,
Tak tahu mana pembawa berita dapat alamatnya,
Mengkhabarkan berita yang aku tak berminat nak mengetahuinya,
Cis!bedebah sungguh kau pembawa berita,
Kawan baik aku nak kau kata dan nista,
Sampai cerita dalam kelambunya nak kau jaja,
Kau ingat aku ni apa??
Sedarlah diri wahai pembawa berita,
Jangan kerana cemburu buat kau jadi tak tentu hala,
Meluat betul aku melihat gelagat manusia,
Panas sungguh aku ingin saja kuluahkan segala,
Wahai sahabatku mungkin ada terasa,
Selesaikanlah masalah mu jangan libatkan orang lain jadi mangsa,
Kini aku telah terbabit sama,
Dalam kisah cinta tiga segi yang menyusahkan aku mencari dimensinya,
Panas betul aku sedangkan aku tak tahu apa sebenar punca cerita,
Janganlah kerana kau berdua bersengketa,
Sampaikan aku kau nak babitkan sama,
Bukankah kisah kita dah berakhir lama,
Tak sanggup dah aku untuk membuka cerita lama,
Panas,meluat dan menyampah aku melihat hipokrasi sifat manusia.

"ANTARA DUA DARJAT"

4 comments:

  1. ape kes ni bro? luka lama berdarah kembali ke?
    jgn biarkan nanah menjadi barah, cegah sebelum parah..

    ReplyDelete
  2. hmm..pembawa berita tu mamat mental..

    ReplyDelete
  3. amboi panasnya ko epen..sabor..bese le mulut manusiakan macam mulut tempayan yg tak bisa ditutup....emm..menabur fitnah...elok ko cili je mulut org tuh...apapun epen hati yang panas tuh siramilah dengan air wudhu' dan bacalah ayat2 suci alquran karim...moga sejuk menyirami panas syaitan durjana....

    ReplyDelete
  4. Panas mmg panas sur..tapi bila aku dgr pandangan sahabat2 aku yang hormati barulah sejuk sikit hati ni,Tgk gambar-gambar masa reunion tu senyum dan tergelak sendiri aku jadinya,lagi2 bila tengok gambar "perbezaan antara warna" dan "kopi susu" tu hehehehe..

    ReplyDelete