Friday, May 15, 2009

BANGSAWAN DAN NEGARAWAN

Hidup hari ni dah tak sama mcm hidup 20 tahun dulu,
20 tahun tahun dulu kat sekolah rendah harga nasi lemak baru 20 sen sepinggan,
Sampai sekarang aku masih ingat nama orang yang jual nasi lemak kat kantin sekolah rendah,
Abg Aziz dgn Kak Teh nama family yang menguasai hampir 60 peratus pasaran kat kantin sekolah rendah aku,
Yang lain nenek limah yang menjual kuih-muih dan kadangkala nasi lemak,
Nenek ni menguasai 25peratus pasaran di kantin sekolah rendah aku,
Ada sorang lagi nenek yang menguasai 15peratus pasaran.
Ada 3 orang semuanya yang berniaga dikantin sekolah rendah aku.
Dengan harga nasi lemak sepinggan 20sen dan kuih 10sen air secawan 10sen,
Belanja sekolah 30sen dah kira memadai,
Belanja sekolah 50sen dah dikira anak taukeh,
Belanja sekolah Rm1 dah boleh sedekah untuk rakan2 yang kurang mencukupi.
Hidup 10tahun lepas pulak dah tak sama mcm 10tahun sebelumnya,
Naik sekolah menengah duduk asrama,
Mak dan Babah bagi duit RM15 seminggu,
Belanja sekolah menengah dah lain sikit,
Abg Enal dan isterinya yang mengurus kantin sekolah waktu tu,
Dia menguasai 100 peratus pasaran kat kantin tu,
Sekolah ada dua sessi,
Pagi untuk sekolah menengah dan petang sekolah rendah,
Kadang-kadang kantin buka sampai pukul 11mlm,
Untuk mengelakkan pelajar "fly" malam,
Langkah yang diambil oleh pihak pentadbiran sekolah bagi mengelakkan bertambah banyak masalah disiplin pelajar-pelajar asrama,
Masa tu hidup kira berbaloilah pasal kat dewan makan asrama dah disediakan makanan mengikut waktu.
Hidup zaman jadi mahasiswa pulak lagilah berbeza,
Mana nak jumpa lagi dah nasi lemak sepinggan 20sen atau 50sen,
Yang ada nasi lemak sepinggan RM1,
Tapi kira berbaloilah RM1,
Sebungkus boleh makan berdua banyaknya.
Waktu tu belanja pun ditingkatkan ke RM150 untuk 2minggu,
Dengan menggunakan motor sebagai pemudah perjalanan,
Minyak waktu tu RM1 lagi seliter,
Motor aku isi Rm 1 boleh dah jalan untuk 2hari,
Masih mencukupi untuk hidup waktu jadi mahasiswa,
Tapi sekarang ni zaman dah jadi makin gila,
Mana ada lagi nasi lemak 20sen dan 50sen,
Kalau kat kedai makan minta nasi lemak 50sen mau lebam biji mata kena tumbuk dgn taukey kedai,
Kalau isi minyak motor minta Rm 1 mahu pecah-perut bangla yang jaga pam minyak tu mendengarnya,
Tapi Tiba-tiba kedengaran suara-suara sumbang lagi menyakitkan,
Suruh rakyat tukar gaya hidup,
Nak tukar macamana pun aku tak tahu,
Gaya hidup tu dah bertukar dengan sendirinya,
Takkan nak suruh kita hidup balik mcm 20 tahun lepas,
Tak mungkin tercapai dek akal,
Takkan nak suruh berundur ke 10 tahun lepas,
Remuk-redam hati terasa pedihnya,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan perit jerih rakyat yang hidup semakin terdesak,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan gembira-duka kehidupan rakyat yang semakin lebih duka dari gembira,
Tak terfikir ke oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka bangsawan!!!
Akan buruknya kaedah penggunaan sifir naik dari kacamata rakyat mahukan segalanya turun,
Bukanlah turun yang merugikan,
Bukan juga naik yang membimbangkan,
Tetapi cukuplah untuk mengimbangi suka-duka kehidupan rakyat bawahan,
Anda tidak merasa pedihnya wahai golongan bangsawan!!!
Kami yang menanggung deritanya,
Bila Rakyat bersuara,
Dikatakan rakyat anti pembangunan,
Ada juga Bangsawan yang perasan dan menaiktarafkan diri sendiri menjadi negarawan!!!
Negarawan yang bagaimana ingin dimaksudkan!!!
Negarawan yang mementingkan diri sendiri dan mementingkan kawan-kawan,
Atau negarawan yang mementingkan keperluan rakyat terbanyak yang menjadi sanjungan,
Bak kata negarawan yang sememangnya negarawan,
"The World is enough for every man needs and never been enough for every man greeds"
Nukilan negarawan yang sepatutnya menjadi ikutan golongan bangsawan,
Satu lagi Nukilan negarawan yang sepatutnya menjadi ikutan bangsawan,
"Jangan sambil membangun kita robohkan"
"Kita bangunkan Gedung kita robohkan kehidupan"
Ingatlah wahai golongan bangsawan!!!
Inilah ingatan dari rakyat bawahan...

"ANTARA DUA DARJAT"

3 comments:

  1. lalu, negarawan pun berhujah :
    kami telah menaiktarafkan ekonomi negara dgn dasar terbuka yang menjamin banyak peluang pekerjaan kpd rakyat.
    bangsawan menyokong :
    kami golongan bangsawan yang sukakan hiburan..dan kami antara pelakon handalan yang menerajui filem "DEB membasmi kemiskinan"

    negarawan & bangsawan berkata kpd rakyat :
    Kuasa di tangan kami, derita ditangan anda..

    inilah hakikatnya..

    ReplyDelete
  2. -jgn dilupa pd bekas angkasawan, masih perawan, juga rupawan, anak seorang hartawan, berpuasa diatas awan, disambut sbgai wirawan, mungkin kini sudah jutawan...rakyat marhaen juga yang kena sawan...hehehe

    ReplyDelete
  3. gua setuju bro,dengan pendapat lu.memanglah kat negara kita sekarang ni macam2 adaaaaaaaa...

    ReplyDelete