Wednesday, May 13, 2009

SYUKUR PADA PENCIPTA

Kadang2 tak tahulah nak jadi apa manusia zaman sekarang ni,
Dunia semakin maju,
Tapi ada orang yang suka mundur,
Sikap dan tabiat yang tak beradat,
Masuk tak ikut pintu,
Keluar terjun tingkap.
Radak hidup orang ikut suka,
Terlupa dosa dan pahala,
Mengata orang macam dia yang baik,
Tapi sebenarnya hidup dia yang terbalik,
Benar pesan orang tua-tua,
Melentur buluh biar dari rebungnya,
Dah jadi buluh terseliuh urat belikat nak membelasahnya,
Dunia dicipta untuk kita pelihara,
Tapi main suka-suka nak tadbir ikut cara,
Padahal dalam Kalam Tuhan dah diwarta,
Memandai pula kita buat jadi harta benda,
Tak sedar ke...
Dunia ni hanya sementara,
Sedarlah wahai umat manusia,
Dunia kita ini pada pandangan Maha Pencipta umpama sebutir pasir gamaknya,
Agak2nya kita yang rasa dunia ni mcm kita yang punya besar manalah kita gamaknya,
Jadi tak payahlah kita nak membangga,
Sedarlah apa yang dimiliki hanyalah sementara,
Macam kumpulan Raihan pernah kata,
"ucapkanlah Alhamdulillah".
Waktu kita meminta punyalah indah bahasa,
Terkadang sampai mengalir air mata,
Tapi bila benda yang kita minta dah berjaya,
Seronok dulu yang bertimpa-timpa,
Terlupa dah pada yang memperkenan apa yang dipinta,
Jadi sekali lagi Janganlah kita lupa,
"ucapkanlah Alhamdulillah"
Macam yang kumpulan Raihan pernah kata.
Inilah pesan terbaik untuk kita semua.

"ANTARA DUA DARJAT"

3 comments:

  1. Alhamdulillah, ada yg sudi mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. - mereka itu ikut ajaran kerajaan langit kekdahnya, ayah pin rules..hahaha

    - aku kureng la Raihan ni, NadaMurni terbaikk wok..ada ingt ke 'fatamorgana' di umah ustaz usin dolu2 tu...kihkih

    ReplyDelete
  3. Huh...mate,rumah ustaz hussin yang sentiasa mengembalikan pelbagai kenangan suka duka hidup zaman remaja.Teringat kena cium stokin pasal main bola dalam dorm...memang fatamorgana beb time tu..kuikuikui..

    ReplyDelete