Sunday, May 17, 2009

CINTA

Pedih,
Memang pedih kenangkan apa yang terjadi,
Sedih,
Memang sedih kalau diingatkan hari-hari,
Duka,
Memang duka sampai tak boleh nak ucap dengan kata-kata,
Lara,
Memang lara sampai merah biji mata,
Bisa
Memang bisa sampai tak boleh dicari penawar kat mana-mana.
Semuanya Pasal CINTA.....
Pasal benda inilah aku tahu macam-macam rasa yang aku senaraikan kat atas.
Jarang sangat pasal cinta kita boleh jadi bahagia.
Sebabnya cinta sesama manusia ni tak kekal sifatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni perlu kompromi untuk jadi pengikatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni buta akan jalannya,
Sebabnya cinta sesama manusia nafsu jadi petunjuknya.
Bagaimanakah agaknya cinta Laila dan Majnun,
Bagaimanakah agaknya cinta Uda dan Dara,
Bagaimanakah agaknya cinta Ujang dan Milah,
Bagaimanakah agaknya apa yang selalu dinukilkan cinta sehidup semati...
Zaman sekolah orang panggil cinta monyet,
Macamana perumpamaan itu boleh dikaji aku pun tak tahu,
Ada kawan baik aku kata,
Zaman Universiti cinta ulat,
Macam-macam jenis cinta ada,
Semua bentuk perumpamaan cinta melibatkan fauna,
Kenapalah cinta selalu dikaitkan dengan fauna,
Orang yang bercinta tahu apa sebabnya.
Yang aku tahu cinta Laila dan Majnun ada filemnya,
Yang aku tahu cinta Uda dan Dara ada teaternya,
Yang aku tahu cinta Ujang dan Milah ada album lagunya,
Cinta aku entah macamana bentuk filemnya,
Cinta aku entah macamana persembahan teaternya,
Cinta aku entah macamana bunyi lagunya,
Yang aku tahu kalau nak buat filem mesti tak laku,
Kalau buat teater perbelanjaan melebihi pendapatan,
Kalau jadi lagu memang sumbang bunyinya,
Pasal kisah cinta aku tak tahu apa sudahnya.
Cinta,
Memang dalam maksudnya,
Nak dimulakan entah dimana awalnya,
Nak diakhirkan entah dimana penghujungnya,
Mungkin sampai bila-bila tak tahu apa rasanya CINTA SEHIDUP SEMATI.
Jadi pada aku ikutlah kisah cinta yang abadi selama-lamanya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang abadi Pada Allah,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang sentiasa menegur para sahabatnya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang mengasihi para isterinya,
IKutlah Cinta Rasulullah yang mendalam pada umatnya,
Cinta macam ni kekal abadi sampai hujung dunia,
Cinta macam ni kekal abadi sampai bila-bila,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah lebih dari segala-galanya.
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti hujung ceritanya bahagia,
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti berjaya jalan ceritanya,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah menjadi syarat utamanya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang menjadi contohnya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang memulakan perlaksanaannya,
Kerana Kekasih Allah Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik bagi segalanya untuk kita semua...

"ANTARA DUA DARJAT"

9 comments:

  1. Aku doakan semoga Allah berikan kau isteri yang solehah, yang menyayangi dan menerima diri kau seadanya..AAAAAAAAmiiiiinn..

    ReplyDelete
  2. emm bila kita mncintai seseorang kerana agamanya insyaAllah kekal la ko dunia akhirat bersama cinta...cuma bila kita mencintai seseorang biar lah berpada begitu juga bila membencinya..agar tak berapa pedih n sedih untuk diri kita...yang pentin yakin dgn janji Allah yang sabar dalam segalanya....

    ReplyDelete
  3. betul kata ummi sue tu apen..
    yang pengting kena sabar..bila kita sabar, Insya Allah, semuanya kita akan dapat..berdoa banyak2 k..kitorang sbg kawan2 ko sll doakan yg terbaik utk ko..

    ReplyDelete
  4. This might help you my dear !

    You may use this prayer in your Solat Istikharah !

    "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
    Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
    Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

    *May Allah guide you to get the best spouse ever...!

    ReplyDelete
  5. GIttew lah kan...
    Sejak bila ko begitu puitis nih?

    Lain gila dengan yang dolu2???

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kawan-kawan bagi semangat dan panduan kat aku...tq,akan aku usahakan apa yg patut untuk segalanya...

    ReplyDelete
  7. "tepukan berdiri" utk lu, lu baca Salleh Ben Joned punya hasil tgn la baru dpt lupakan psl cinta ni...

    ps:// "Cinta bukan 1 tesis, tapi umpama fotosintesis"

    ReplyDelete
  8. untuk sahabatku mohd affendy jasmi..bersabarlah..aku pasti jodoh utk ko akan tiba..cuma masa yang akan tentukan.dan sebagai kawan..aku doakan agar ko temui jodoh yang terbaik utk diri ko.aku bahagia jika melihat kawan2 aku bahagia.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah aku ada sahabat-sahabat yang mcmni.Terima kasih.

    ReplyDelete