Thursday, May 21, 2009

FITNAH...

Ini bukan Filem fitna yang dibuat oleh syaitan durjana dari belanda,
Ini cerita fitnah yang menimpa sahabat aku yang punya nama dan bergelar manusia,
Ini cerita Fitnah yang merosakkan maruah diri dan keluarganya,
Ini cerita Fitnah yang mencalarkan kehidupan seorang insan yang bergelar manusia,
Pembawa Fitnah ini aku rasa sama darjatnya dengan syaitan durjana penyebar Filem Fitna dari Belanda,
Atau aku rasa sama akalnya dengan Ungka,
Sepatutnya pembawa fitnah ini direjam sekeras-kerasnya.
Zaman kini memang dah jadi zaman tunggang-langgang,
Fitnah diangkat untuk dijadikan kebenaran,
Cerita-cerita Fitnah menjadi kegilaan dan bualan harian,
Cerita-cerita Fitnah menjadi saksi untuk menzalimi orang,
Kerana Fitnah membuat manusia tiada bezanya dengan haiwan.
Tak ingatkah kisah hikayat melayu Si Kitol durjana pembawa Fitnah,
Menyebabkan nyawa Bendahara Paduka Raja Tun Perak diragut angkara fitnah,
Habis nyawa seisi keluarga Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjadi mangsa fitnah,
Kecuali anaknya Tun Fatimah dijadikan gundik raja yang wajib disanggah,
Inilah Kesan Fitnah!!!!
Telah diingatkan oleh Maha Pencipta mengenai Fitnah,
Kesan dosa angkara Fitnah,
Lebih buruk Fitnah dari membunuh,
Kerana Fitnah akan menyebabkan kesan yang tak dapat dibayangkan dahsyatnya.
Wahai manusia yang suka menabur Fitnah,
Ingatlah Peringatan dari Maha Pencipta,
Ingatlah Peringatan dari Maha Berkuasa,
Ingatlah Peringatan dari Maha Berkehendak,
Ingatlah Peringatan dari Maha Pengampun.
Jangan sekali kita sebarkan Fitnah,
Tak tertanggung Siksa di alam Baqa',
Tak terperi sakitnya siksa dari Maha Pencipta,
Tak tergambar dahsyatnya siksa oleh Maha Berkuasa,
Tak ada istilah nak digambarkan siksa dari Maha Berkehendak,
Mohonlah ampun yang tak henti-henti dari Maha Pengampun,
Kerana Keampunan dari Maha Pengampun lebih Luas dari KemurkaanNYA.
Ingatlah wahai orang yang suka menabur Fitnah!!!!
Besarnya dosa akibat Fitnah.
Ingatlah wahai pembawa Fitnah,
Deria dicipta untuk merasa,
Lidah dicipta untuk berkata-kata,
Tangan dicipta untuk melaksana kerja,
Kaki dicipta untuk mengatur langkah secara bijaksana,
Hati dicipta supaya kita ada pertimbangan rasa,
Akal dicipta untuk mengawal segala perilaku hidup kita didunia,
Janganlah disalah guna apa yang telah Dikurnia.
Janganlah kerana lidah kita dimaki dan diseranah,
Gunalah untuk mencari Hasanah,
Gunalah segalanya untuk mencari Redha Allah.
Jangan diguna segala anugerah untuk membuat Fitnah!!!

"ANTARA DUA DARJAT"

No comments:

Post a Comment