Tuesday, June 2, 2009

USIA DUNIA

Menelusuri hari-hari yang semakin mencabar,
Langkah perlu diatur dengan penuh hikmah,
Keindahan dunia yang semakin hari semakin menjangkau hari akhirnya,
Memerlukan perjuangan berterusan dan pengorbanan untuk kesejahteraan.

Menelusuri hari-hari yang semakin sukar untuk difikirkan,
Kehebatan manusia diukur melalui kebendaan,
Kehebatan manusia diukur melalui taraf kedudukan,
Semakin darjat menjadi ukuran semakin rendah nilai kemanusiaan.

Menelusuri hari-hari di zaman edan,
Tiada lagi kehebatan ilmuan menjadi sebutan,
Lebih diangkat golongon hiburan,
Lebih dibanggakan pencapaian mengejar kebendaan.

Aku rindu zaman hidupku dizaman persekolahan,
Aku ingin mengejar segala ilmu jika boleh masa diterbalikkan,
Aku ingin menjadi anak yang sentiasa mengikuti segala suruhan kebaikan,
Aku ingin mendalami segala-segalanya di kala ada kesempatan.

Kini ku sedar,
Tidak ada lagi ruang untuk masa diterbalikkan,
Melainkan aku perlu terus menuju kehadapan,
Tanpa melupakan zaman lampau untuk sentiasa menjadi ingatan,
Harus aku meneruskan pencarian ilmu walau dimana pun aku berpeluang.

Aku rindukan zaman kehebatan tokoh-tokoh ilmuan dan negarawan,
Zaman edan perlukan negarawan yang memikir jauh 50 tahun ke hadapan,
Zaman edan memerlukan ilmuan untuk menyuluh segala panduan,
Aku inginkan kehidupan yang menjamin kehidupan generasi di zaman edan.

Aku mungkin anak yang bakal menjadi bapa,
Aku mungkin seorang remaja yang bakal menjadi dewasa,
Aku mungkin seorang dewasa yang bakal menjadi tua,
Aku ingin melihat segalanya lestari untuk generasi ku yang bakal menjelma.

Janganlah dunia dijadikan tempat kerja gila,
Dunia perlu dijadikan sebagai tempat pencarian sejahtera,
Dunia perlu dimanfaatkan sebaiknya,
Kelak sesal bila ditanya..

Aku ingin dunia menjadi tempat persinggahanku yang bahagia,
Aku ingin dunia menjadi tempat bagiku menuai segala sebelum ke alam Baqa,
Aku ingin mengecapi jaya sebelum menutup mata,
Supaya aku bahagia menemui Maha Pencipta....

"ANTARA DUA DARJAT"

4 comments:

  1. Teringat ceramah Wan Sohor Bani Leman pagi tadi :
    'usia dunia tak sampai 200 tahun, tapi yahudi bijak mewar-warkan pada manusia, dunia berusia ratusan tahun selepas wujudnya zaman dinasour. tu semua agenda yahudi yg nk melupus terus sirah nabi..'

    ReplyDelete
  2. dunia semakin tua dan uzur..kite un begitu juga sementara ada peluang carilah sebanyak kebahagiaan untuk diri kita...semoga ko menemui kebahagian di dunia dan akhirat abadan abada...untuk mencari kebahagian sememangnya memrlukan perjuangan dan pengorbanan..cuma sebagai hamba Allah keyakinan dan tawaqal kepadaNya jangan pernah putus...

    ReplyDelete