Pedih,
Memang pedih kenangkan apa yang terjadi,
Sedih,
Memang sedih kalau diingatkan hari-hari,
Duka,
Memang duka sampai tak boleh nak ucap dengan kata-kata,
Lara,
Memang lara sampai merah biji mata,
Bisa
Memang bisa sampai tak boleh dicari penawar kat mana-mana.
Semuanya Pasal CINTA.....
Pasal benda inilah aku tahu macam-macam rasa yang aku senaraikan kat atas.
Jarang sangat pasal cinta kita boleh jadi bahagia.
Sebabnya cinta sesama manusia ni tak kekal sifatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni perlu kompromi untuk jadi pengikatnya.
Sebabnya cinta sesama manusia ni buta akan jalannya,
Sebabnya cinta sesama manusia nafsu jadi petunjuknya.
Bagaimanakah agaknya cinta Laila dan Majnun,
Bagaimanakah agaknya cinta Uda dan Dara,
Bagaimanakah agaknya cinta Ujang dan Milah,
Bagaimanakah agaknya apa yang selalu dinukilkan cinta sehidup semati...
Zaman sekolah orang panggil cinta monyet,
Macamana perumpamaan itu boleh dikaji aku pun tak tahu,
Ada kawan baik aku kata,
Zaman Universiti cinta ulat,
Macam-macam jenis cinta ada,
Semua bentuk perumpamaan cinta melibatkan fauna,
Kenapalah cinta selalu dikaitkan dengan fauna,
Orang yang bercinta tahu apa sebabnya.
Yang aku tahu cinta Laila dan Majnun ada filemnya,
Yang aku tahu cinta Uda dan Dara ada teaternya,
Yang aku tahu cinta Ujang dan Milah ada album lagunya,
Cinta aku entah macamana bentuk filemnya,
Cinta aku entah macamana persembahan teaternya,
Cinta aku entah macamana bunyi lagunya,
Yang aku tahu kalau nak buat filem mesti tak laku,
Kalau buat teater perbelanjaan melebihi pendapatan,
Kalau jadi lagu memang sumbang bunyinya,
Pasal kisah cinta aku tak tahu apa sudahnya.
Cinta,
Memang dalam maksudnya,
Nak dimulakan entah dimana awalnya,
Nak diakhirkan entah dimana penghujungnya,
Mungkin sampai bila-bila tak tahu apa rasanya CINTA SEHIDUP SEMATI.
Jadi pada aku ikutlah kisah cinta yang abadi selama-lamanya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang abadi Pada Allah,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang sentiasa menegur para sahabatnya,
Ikutlah Cinta Rasulullah yang mengasihi para isterinya,
IKutlah Cinta Rasulullah yang mendalam pada umatnya,
Cinta macam ni kekal abadi sampai hujung dunia,
Cinta macam ni kekal abadi sampai bila-bila,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah lebih dari segala-galanya.
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti hujung ceritanya bahagia,
Yakin aku dengan mencintai seseorang kerana Allah,
Pasti berjaya jalan ceritanya,
Kerana kisah cinta ini mencintai Allah menjadi syarat utamanya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang menjadi contohnya,
Kerana kisah cinta ini Kekasih Allah yang memulakan perlaksanaannya,
Kerana Kekasih Allah Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik bagi segalanya untuk kita semua...
"ANTARA DUA DARJAT"